Jumaat, 28 November 2008

Al-Fatihah

TAKZIAH

Buat Papa Azwar dan keluarga di atas pemergian

~ Allahyarhamah Norsofiza Binti Azwar ~

... 07 November 2008 ...



~ Kenangan Bersama Keluarga Angkat di Kem PLKN Kuala Kubu Bharu, Selangor (2006) ~
Allahyarhamah Fiza, Ema, Kak Fina, Boy, Papa Azwar



Semoga rohnya dicucuri rahmat...Amin...

~~ Al-Fatihah ~~

Isnin, 24 November 2008

Tidak dihargai..???

5 Sebab Anda Rasa Tidak Dihargai ???

Ada beberapa sebab kenapa anda mula rasa tidak dihargai dalam satu-satu masa tidak kira oleh sesiapa sahaja..Antaranya :

1. Anda akan mula rasa tidak dihargai apabila perhatian yang diberikan oleh orang berkenaan mula berkurangan. Samada dari segi kasih sayang atau pun perbuatan.

2. Bila anda cuba untuk menjaga sesuatu hubungan supaya bertahan lama, tetapi hanya anda yang “memainkan peranan”. Hubungan tanpa “penjagaan” kedua-dua belah pihak, tidak akan ke mana..Jangan biarkan ia bertepuk sebelah tangan..

3. Segala sesuatu yang anda lakukan dengan bersungguh-sungguh dan seikhlas hati, tetapi hanya dipandang sebelah mata - bakal memberi “impak” yang sangat kuat. Kadang bukan kita mengharapkan apa-apa balasan, cukup dengan ungkapan terima kasih sudah memadai..

4. Biasanya, apabila seseorang yang penting dalam hidup anda langsung lupa peristiwa-peristiwa penting atau tarikh-tarikh penting dalam hidup anda - sekaligus, membuatkan anda mula merasakan anda tidak penting dalam hidup mereka..Terutamanya pada pasangan2 yang bercinta..lelaki slalu lupa..:(

5. Sebab terakhir yang paling utama, kenapa anda mula rasa tidak dihargai oleh seseorang - itu adalah kerana anda TERLALU menghargai orang tersebut. Sehingga sampai satu tahap, anda mengharapkan “pulangan” yang sama. Oleh itu, janganlah terlalu mengharapkan sesuatu balasan terhadap sesuatu perkara.

Setiap orang ada cara tersendiri untuk menunjukkan bahawa dia menghargai seseorang itu. Cuma, kadang-kadang ada yang mahu tunjuk yang dia begitu menghargai mereka melalui kata-kata seperti mengungkapkan rasa sayang, rindu, kasih dan sebagainya. Kadang -kadang pula ada yang mahu tunjukkan perasaan mereka melalui perbuatan sahaja, dengan harapan pihak yang berkenaan faham dengan apa yang dia mahu sampaikan. Kadang-kadang ada juga yang langsung “menyimpan” segala perasaan di dalam hati, mungkin kerana ego ataupun malu..

Tapi, walau apa pun cara yang kita gunakan untuk tunjuk bahawa kita menghargai mereka - biarlah ikhlas dari hati. Selagi ada peluang, hargai lah mereka yang anda mahu hargai. Kerana tak mustahil kalau esok lusa ataupun hari ini, mungkin peluang terakhir yang menanti anda untuk menghargai dia ;)