Memaparkan catatan dengan label Cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cinta. Papar semua catatan

Sabtu, 9 Januari 2010

Cinta & Kasih

Kata-kata oleh ahli-ahli falsafah terkemuka yang boleh dijadikan inspirasi untuk menuju kecemerlangan hidup..(^-^)


'Sekiranya anda ingin dicintai, jadilah orang mudah mencintai'
- Ovid -

'Apabila seorang lelaki mencintai seorang wanita, mereka cuma memberikan sebahagian kecil daripada kehidupan mereka, tetapi wanita akan memberikan segala-galanya apabila mereka mencintai seorang lelaki'
- Oscar Wide -

'Cinta adalah sesuatu yang berupaya membuatkan seorang wanita itu rela membersihkan lantai rumah sambil menyanyi, selepas suaminya memijak lantai itu dengan
kasutnya yang kotor'
- Hoosier Farmer -

'Cinta merupakan pelajaran yg paling sukar dalam kehidupan, tetapi atas sebab itu juga, ia harus mendapat sepenuh perhatian untuk mempelajarinya'
- Source Unknown -

'Bercinta kerana dicinta adalah sesuatu yg biasa, tetapi bercinta kerana perasaan cinta itu sendiri adalah sesuatu yang suci'
- Alphonse De Lamartine -

'Sebuah mahligai tanpa kasih dan sayang umpama bangsal buruk dan sebuah pondok paling buruk yang dipenuhi cinta di dalamnya umpama sebuah mahligai yang suci'
- Robert Green Ingersoll -

'Kita tidak tahu akan perasaan kasih dan cinta ibubapa terhadap kita sehinggalah kita sendiri menjadi ibu atau bapa'
- Henry Ward Beecher -

'Cinta mampu menguasai semua perkara kecuali kemiskinan dan sakit gigi'
- Mae West -

'Lelaki seringkali ingin menjadi cinta pertama bagi seorang wanita, wanita pula ingin menjadi cinta terakhir bagi seorang lelaki'
- Oscar Wilde -

'Cinta adalah sesuatu yang saya tidak tahu dari mana asalnya dan bagaimana kesudahannya'
- Scudery -

Semakin banyak anda menilai, semakin kurang anda akan mencintai'
- Honore de Balzac -

'Tiada siapa yang pernah mencintai seseorang dengan cara yang diingini oleh insan
yang dicintainya itu'
- Mignon McLaughlin -


Khamis, 5 Februari 2009

CINTA vs SAYANG


Selain rasa SUKA dan CINTA..Ada perasaan yang lebih mendalam..

Iaitu rasa SAYANG,

rasa yang tidak akan hilang secepat rasa CINTA..

Rasa yang tidak mudah berubah..

Perasaan yang dapat membuatmu berkorban untuk orang yang
kamu sayangi..

Mengizinkan diri untuk menderita demi kebahagian orang yang
kamu sayangi..

CINTA ingin memiliki..

tetapi SAYANG hanya ingin melihat orang yang disayanginya bahagia..

Walaupun harus KEHILANGANnya..



Wif L*V*

Isnin, 24 November 2008

Tidak dihargai..???

5 Sebab Anda Rasa Tidak Dihargai ???

Ada beberapa sebab kenapa anda mula rasa tidak dihargai dalam satu-satu masa tidak kira oleh sesiapa sahaja..Antaranya :

1. Anda akan mula rasa tidak dihargai apabila perhatian yang diberikan oleh orang berkenaan mula berkurangan. Samada dari segi kasih sayang atau pun perbuatan.

2. Bila anda cuba untuk menjaga sesuatu hubungan supaya bertahan lama, tetapi hanya anda yang “memainkan peranan”. Hubungan tanpa “penjagaan” kedua-dua belah pihak, tidak akan ke mana..Jangan biarkan ia bertepuk sebelah tangan..

3. Segala sesuatu yang anda lakukan dengan bersungguh-sungguh dan seikhlas hati, tetapi hanya dipandang sebelah mata - bakal memberi “impak” yang sangat kuat. Kadang bukan kita mengharapkan apa-apa balasan, cukup dengan ungkapan terima kasih sudah memadai..

4. Biasanya, apabila seseorang yang penting dalam hidup anda langsung lupa peristiwa-peristiwa penting atau tarikh-tarikh penting dalam hidup anda - sekaligus, membuatkan anda mula merasakan anda tidak penting dalam hidup mereka..Terutamanya pada pasangan2 yang bercinta..lelaki slalu lupa..:(

5. Sebab terakhir yang paling utama, kenapa anda mula rasa tidak dihargai oleh seseorang - itu adalah kerana anda TERLALU menghargai orang tersebut. Sehingga sampai satu tahap, anda mengharapkan “pulangan” yang sama. Oleh itu, janganlah terlalu mengharapkan sesuatu balasan terhadap sesuatu perkara.

Setiap orang ada cara tersendiri untuk menunjukkan bahawa dia menghargai seseorang itu. Cuma, kadang-kadang ada yang mahu tunjuk yang dia begitu menghargai mereka melalui kata-kata seperti mengungkapkan rasa sayang, rindu, kasih dan sebagainya. Kadang -kadang pula ada yang mahu tunjukkan perasaan mereka melalui perbuatan sahaja, dengan harapan pihak yang berkenaan faham dengan apa yang dia mahu sampaikan. Kadang-kadang ada juga yang langsung “menyimpan” segala perasaan di dalam hati, mungkin kerana ego ataupun malu..

Tapi, walau apa pun cara yang kita gunakan untuk tunjuk bahawa kita menghargai mereka - biarlah ikhlas dari hati. Selagi ada peluang, hargai lah mereka yang anda mahu hargai. Kerana tak mustahil kalau esok lusa ataupun hari ini, mungkin peluang terakhir yang menanti anda untuk menghargai dia ;)


Selasa, 23 September 2008

Doaku Utkmu..


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Ya Allah...

Seandainya telah Engkau catatkan...

Dia milikku tercipta buatku...

Satukanlah hatinya dengan hatiku...

Titipkanlah kebahagiaan antara kami...

Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah...

Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...

Seringkanlah kami melayari hidup ini...

Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...

Seandainya telah Engkau takdirkan

Dia bukan milikku...

Bawalah dia jauh daripada pandanganku...

Luputkanlah dia dari ingatanku...

Dan periharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...

Berikanlah aku kekuatan...

Menolak bayangannya jauh ke dada langit...

Hilang bersama senja yang merah...

Agarku sentiasa tenang...

Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...

Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan

Adalah yang terbaik untukku...

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...

Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...

Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...Di dunia dan akhirat...

Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...

Jangan Engkau biarkan aku sendirian...Di dunia ini mahupun di akhirat...

Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...

Agar aku dan dia sama-sama dapatmembina kesejahteraan hidup...

Ke jalan yang Engkau redhai...

Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...

Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...

Dan periharalah kami dari azab api Neraka...


Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin...

Ahad, 21 September 2008

20 Tanda Jatuh Cinta

Ketahui Hati anda??

1. Sukar melelapkan mata

Biasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur. Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan dengannya ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.

2. Perasaan sentiasa berdebar
Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung dengan si dia di jalan. Malah anda jadi kelam kabut dan menggelabah apabila dia menghampiri anda.

3. Suka ambil tahu
Anda semakin berminat untuk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia dari kawan-kawannya.

4. Resah gelisah
Hati anda merasa resah dan gelisah bila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari kalau-kalau terlihat kelibat bayangnya.

5. Dihinggapi cemburu
Anda mula merasa cemburu bila si dia berbual dan melayan kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawanya. Ikutkan hati anda, biarlah dia berbual dan melayan anda seorang. Sikap anda itu ketara kelihatan sehingga disedari kawan-kawan anda sendiri.

6. Rindu
Anda tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat mengingati si dia, bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga. Apapun yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia. Anda ingin berjumpa dan melihat wajahnya.

7. Bergayut di telefon
Sekalipun bayaran telefon mahal, anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam sehingga terjejas masa tidur anda hanya untuk berbual kosong dengan si dia. Anda tidak peduli mereload banyak2. Yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu. Lagipun anda baru lena tidur setelah mendengar suara si dia.

8. Berubah citarasa
Kehadiran si dia berjaya mengubah citarasa anda tentang pelbagai perkara. Sejak kebelakangan ini, anda lebih berminat untuk menghayati senikata lagu-lagu berirama sentimental yang bertemakan percintaan. Sebelum ini anda lebih gemar mendengar irama rock, heavy metal dan hip hop.

9. Memberi hadiah
Anda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh. Anda peka dengan perkembangan semasanya supaya dapat dijadikan alasan untuk memberikan hadiah. Malah, tiap bulan anda memberikannya hadiah sekalipun harus berbelanja besar. Yang pasti, anda akan memberikan hadiah yang paling istimewa di hari lahirnya nanti.

10. Lebih rajin
Prestasi kerja anda semakin men ingkat jika dibandingkan sebelum ini. Anda jadi lebih semangat, kreatif dan berfikiran positif. Perkembangan anda yang membanggakan itu disenangi kawan-kawan dan majikan.

11. Menjaga penampilan
Penampilan anda tidak lagi ringkas dan sederhana. Meskipun anda lelaki, anda akan mengunjungi salon kecantikan untuk potongan rambut yang bergaya dan rawatan muka. Pakaian anda berubah corak menjadi lebih menjurus kepada fesyen mutakhir. Wajah berhias dengan mekap hingga nampak mempersona. Dari rambut ke hujung kaki anda cantik menawan dan segak bergaya.

12. Defensif
Maknanya anda melakukan pembelaan. Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia meskipun sampai anda marah dan timbul permusuhan. Ada masanya percakapan mereka itu ada kebenarannya, tetapi anda tetap bersikap defensif.

13. Merajuk
Sedikit salah, sedikit silap anda lekas merajuk. Anda sanggup tidak makan tengahari atau tidak menegur sapa selagi si dia tidak menegur dan meminta maaf. Anda juga terus merajuk sehingga dia berkali-kali memujuk.

14. Mudah bersalah sangka
Anda mudah merasa hampa lalu kecewa jika kemahuan atau permintaan anda tidak dipenuhi. Misalnya si dia tidak hadir temujanji, anda sangka dia mungkir janji. Anda anggap dia tidak memberi perhatian dan tidak mempunyai perasaan.

15. Sentiasa kata ‘Ya’
Apa pun katanya, pendapatnya dan permintaannya, anda jawab dengan ‘Ya’. Anda sentiasa akur dan menurut sekalipun ada di antara permintaannya yang keterlaluan dan pendapatnya kurang anda senangi.

16. Sanggup berkorban
Untuk si dia sanggup bersusah payah melakukannya semuanya. Dengan rela hati anda jadi pemandu peribadinya, jadi orang suruhan, meluangkan diri anda untuknya di hari cuti dan memenuhi setiap permintaannya.

17. Jadi orang lain
Tiba-tiba anda jadi pelakon yang terbaik kerana mahu memenuhi cirri-ciri peribadi yang menjadi idaman si dia. Di depannya anda seorang romantik dan berlemah lembut sekaipun kenyataannya anda seorang yang kasar dan mudah marah. Demi si dia, anda sanggup berubah menjadi orang lain.

18. Prihatin
Anda bukan hanya ambil tahu malah sentiasa menghulurkan tangan membantu. Anda akan pastikan si dia tidak mengalami sebarang masalah dalam kehidupan sehariannya dan menjamin kebajikan dan keselamatannya.

19. Inginkan persamaan
Sejak mengenali si dia anda berusaha mengikuti kegemaran dan citarasa untuk mempamerkan anda meminatnya. Anda akan mengemari filem dan lagu Hindustan, masakn barat dan meniru setiap tingkah lakunya. Anda mahukan wujud persamaan anda dengan si dia.

20. Inginkan perhatian
Anda selalu mengharapkan si dia memberikan perhatian dan mahu meluangkan masa bersama anda. Walaupun anda tidak mahu menyusahkan si dia, namun sedikit perhatian yang diberikannya sudah cukup menggembirakan hati dan anda hargai.